Thursday, September 2, 2010

Rombongan ke Syurga..

Tidak ada yang mustahil untuk menyertai rombongan ke syurga...dan itulah matlamat/visi/mission kita sebaik sahaja kita lahir ke dunia...Percayalah dunia ini hanyalah perhiasan dan tempat persinggahan sementara sebelum kita mengecapi kehidupan yang kekal abadi di Akhirat kelak. 
 
Cuba ingat kembali..kenangan semasa menyertai rombongan sekolah/universiti yang kita pernah sertai...perlu bekalan pakaian, bekalan makanan, ubatan yang mencukupi bagi menampung keperluan sepanjang bepergian. Kalau pergi 7 hari tentulah beg yang diperlukan besar sedikit daripada keperluan kalau pergi cuma 2/3 hari.. Samalah juga jika dibandingkan dengan bekalan kita ke akhirat atau lebih spesifik lagi bekalan kita untuk menyertai rombongan ke syurga.  Bukan calang2 destinasi tempat..!! Hanya Allah sahaja yang tawarkan perjalanan sedemikian..
 
Tentu lebih banyak bekalan pahala keikhlasan beribadah yang diperlukan. Pertama kerana kita akan dihisab..kitab catatan amal kita akan ditimbang..saya kira tahap kebimbangan terhadap kitab catatan amal kita perumpamaannya sama macam kita risau boss bagi markah rendah dalam prestasi laporan tahunan. ( Perumpamaan ini hanya untuk bagi kamu lebih faham)..

Bila cerita ke tempat baru sudah tentu Kita perlukan peta untuk membolehkan kita menuju ke satu2 destinasi...dan ketahuilah sahabat2 sekelian..peta kita telah dibekalkan oleh Allah iaitu Al-Quran...
 
Peta sudah ditangan..rebutlah destinasi ini..tiketnya adalah Ikhlas dan berserah diri kepada Allah. Sertailah rombongan ini dan jangan ada di kalangan kita yang ketinggalan..Kelak menyesal tidak terhingga..kerana Allah telah berfirman dalam surah Az-zumar..kita akan berpasuk-pasukan ke Neraka dan berpasuk-pasukan ke Syurga..dan bagaimana layanan penjaga pintu neraka dan pintu syurga terhadap ahli rombongan...


69] Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

70] Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang - balasan apa yang telah dikerjakannya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan

71] Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.

72] (Setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam.

73] Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) -

74] Serta mereka berkata:" Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal".

[75] Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; dan (masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan: "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!"


Allahumma inni as aluka ridhoka wal Jannah wa a'auzubika min an-narr..
Ramadhan - Sabun terbaik untuk cucian dosa..

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...