Friday, October 22, 2010

Kerana aku kasihkan kamu..

Salam...saudaraku sekelian..

Memandangmu seperti aku memandang diriku
Mengasihimu adalah seperti aku kasihkan diriku
Aku hargai pertemuan ini adalah kerana Allah...
Dan jika terjadinya perpisahan ini..juga nanti harapnya adalah kerana Allah

Saudaraku..
Mukjizat agung itu ditangan kita 
Tidak ada mukjizat nabi lain yang masih tinggal di tangan Umatnya melainkan umat Muhammad s.a.w
Matlamat kita satu sebenarnya untuk kembali ke tempat asal kita iaitu SYURGA
Namun sudah mantapkan amal kita...
Sudah ikhlaskah hati kita
Sudah banyakkah infaq kita..

Namun kerana kita leka perhiasan dunia
mukjizat agung sering kita lupakan..membukanya barang seminit dua sangat berat rasanya
apalagi jika mahu diteroka isinya..jika mahu difahami suruhan dan tegahanNya...
Hanya dua arahan Allah - ikut dan tegah.

Kembali lah saudaraku
Azab neraka itu sangat berat..
pohon berduri itu bakal kita telan utk menghilangkan lapar
Air darah dan nanah bakal kita hirup utk menghilangkan dahaga
Api yang marak itu bakal menghanguskan daging dan tulang belulang kita...
Otak kita bakal menggelegak kerana panas bahang apinya..
Malaikat akan mengiringi kita dan penjaga pintu neraka dengan suara yang garang akan berkata: Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat tuhanmu dan memperingatkan kamu akan pertemuan dengan tuhanmu??
Namun itulah ancaman Allah - jika kita ingkar

Ayuhlah saudaraku
Syurga itu ada sungai mengalir di dalamnya yang jika diminum berbagai rasanya
Gemerlapan permata dan cahaya..
Pakaiannya dari sutera..
Damai hijau di dalamnya...
Tiada orang tua di dalamnya
Semuanya muda dan cantik belaka..
Itulah janji Allah- Malaikat akan mengiringi kita..dan berkata..Kesejahteraanlah dilimpahkan ke atas kamu, berbahagialah masuklah ke dalamnya dan kekallah di dalamnya..

Kerana aku kasihkan kamu
marilah mencari jalan yang lurus
Kerana aku kasihkan kamu
tidak tega aku melihat kamu menjadi bakaran api neraka..



No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...