Wednesday, October 6, 2010

Musim Peperiksaan

Salam,

UPSR telah pun tamat kurang 2 minggu yang lalu, semalam 5 Oktober 2010 bermula sudah PMR. UPSRA akan muncul pada 7 Oktober 2010. Demam periksa telah bermula! Tentunya kita sebagai ibu bapa tidak senang duduk memikirkan bagaimana keadaan anak-anak kita menghadapi peperiksaan. Selepas 2 peperiksaan besar ini berlalu akan muncul pula peperiksaan SPM dan juga STPM. Boleh semak di sini utk jadual yg lebih padat dan terkini.


Adik-adik/Anak-anak tentunya bertungkus lumus untuk menjawab periksa..utk memastikan kejayaan di genggaman..! Itulah matlamat kita...supaya langkah untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lebih terjamin dan selamat.

Bayangkan jerih dan perihnya belajar, mengulangkaji, pergi ke kelas tuisyen dan kelas motivasi khusus untuk memantapkan fizikal dan mental supaya bersedia menghadapi musim peperiksaan.

Jika kita sanggup bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan di dunia..tentunya kita lebih sanggup untuk memastikan kejayaan Akhirat dapat digenggam. Kita juga perlu bersungguh2 untuk menghadapi ujian tatkala nyawa bercerai dari badan dan dewan peperiksaan yang bakal kita tempuh adalah alam barzakh. 

Bunyi macam ngeri tapi itulah hakiki. Orang kita bila cerita pasal syurga..macam tak der kesan apa2..sebab syurga itu letaknya jauh bagi orang tak tidak acuh...tapi beranikah kita masuk neraka..? Tentu sekali TIDAK.

Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 185-186

[185]
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
 
[186]
Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

Aku redha Allah itu tuhanku, Islam itu agamaku dan Nabi Muhamad itu adalah rasul utusan Allah.



No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...