Friday, October 1, 2010

PERJALANAN YANG PANJANG..

Salam,

Ucapan salam yang paling baik utk sahabat2 sekelian dan ucapan salam ini juga yg akan sering digunakan oleh ahli syurga.
Firman Allah:

And those who kept their duty to their Lord will be led to Paradise in groups, till, when they reach it, and its gates will be opened (before their arrival for their reception) and its keepers will say: Salamun 'Alaikum (peace be upon you)! You have done well, so enter here to abide therein."

(Surah Azzumar - ayat 73)

Sengaja diberikan translation dalam bahasa inggeris supaya lebih dijiwai... Ini juga merupakan mukjizat al-quran kerana ianya boleh ditranslate ke pelbagai bahasa. Allah jadikan manusia itu berbagai bangsa dan bahasa..supaya kita mengambil pelajaran akan kekuasaannya. Atas kuasanya jugalah kita hidup, bergerak dan bekerja. Kita ini hamba yg tiada upaya.

Tapi ramai antara kita yang lupa taraf kita sebagai hamba. 
Lupa akan adanya pertemuan kita dengan Allah. 
Lupa bahawa selepas Alam dunia kita akan ke Alam Barzakh sebelum ke Alam Akhirat.

Tidak ada jalan pintas. Tidak ada roket buatan manusia yg tercanggih yang boleh merentas waktu untuk membolehkan kita tidak ke Alam Barzakh.

Terbaca cerpen ini utk muhasabah bersama. Semoga kita lebih peka dan beringat bahawa kita akan menempuh perjalanan yang panjang.


"Apakah aku terlupa tuhanku selalu memerhatikanku dari atas sana? Atau apakah Dia sudah berpaling dari diriku ini?
"Maut pun standby tepi orang muda juga, Pak Long. Tak ada siapa tahu bila malaikat Izrail nak jemput."

"Kalau waktu boleh diputar balik, teringin nak kejar masa beribadat siang malam. Dulu asyik sibuk dengan dunia lebih dari sibuk dengan Allah. Astaghfirullah..." Istighfarnya diiringi sendu mata yang mula bergenang.

"Dunia kita palsu, Firdaus. Dunia hanya menipu waktu."

Dunia hanya menipu waktu? Ya Allah, apa yang telah aku buat dengan waktuku? Aku juga lebih sibuk dengan dunia berbanding dengan-Mu. Aku lebih pentingkan wang daripada sedekah.

Aku lebih menatap televisyen daripada kitab-Mu. Lebih mengeruhkan hati daripada membersihkan jiwaku. Kata yang sia-sia melebihi tasbih kepada-Mu.

Sungguh aku lebih menghias rumahku daripada menghias kuburku. Luaskah atau sempitkah kuburku nanti? Andai kata Izrail mencabut nyawaku ketika ini, apa agaknya nasibku di alam sana? Alam terputusnya segala amalan. Alam perhitungan."

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...