Saturday, November 26, 2011

Disc Decompression: Satu Ikhtiar

Salam,

Alhamdulilah..dengan kudrat yang ada dan biiznillah..ikhtiar diteruskan lagi. Kali ini dengan menggunakan kaedah Disc Decompression di HSC Cheras. Bayaran - per sesi dikenakan RM250.00 jika diambil secara pakej akan jatuh lebih murah iaitu 24 sesi dengan harga RM3,600 dan pakej ini perlu diambil bersama dengan fisioterapi/exercise yang berharga RM1,632.00 kesemuanya...RM5,232.00 fuh! Mahal..mahal...memang mahal ..tapi kalau dah sakit..tentu kita tak berkira sangat dah..unless bertemu dengan kaedah lain yang lebih dipercayai dan murah..:))

Kalau ada yang bertanya..masih belum sembuh kah..? Jawapannya ialah ya masih berikhtiar bermakna masih belum sembuh sepenuhnya. Masih ada maintenance yang perlu dibuat untuk memastikan keadaan berubah jadi lebih baik.

Just nak share pengalaman - macamana kaedah rawatan Disc Decompression ini dibuat. Bila berlakunya PID iaitu singkatan kepada Prolapsed Intevetebrae Disc ia adalah keadaan di mana cakera tulang belakang adalah tertekan (pressing) sehingga menyebabkan disc yang sifatnya lembut ini "pecah" dan menekan saraf tunjang. Decompression adalah rawatan terbalik kepada masalah compressed disc. Itu aje? Well tentulah tak semudah itu sebab disc yang nak dibetulkan ini berada dalam badan..for sure kalau nak dibuat perlu berhati hati sebab kalau salah langkah boleh jadi another musibah!

Ketika dirawat, pesakit akan diikat dengan kejap di pinggang dan tali yang lain juga akan diikat di pinggang mempunyai pemberat. Mesin akan mengawal kadar tarikan dan berat untuk menarik tulang belakang adalah separuh dari badan seseorang pesakit. Rawatan ini dijalankan dalam keadaan pesakit berbaring telentang dan tangan/lengan akan diletakkan penghadang untuk menghalang dari tergelungsur ke bawah semasa proses tarikan berlaku. Masa rawatan cuma 20 minit aje! Ada penggera masa..auto stop bila masa sudah mencukupi..

Mesin Decompression.

Semasa ditarik, pesakit perlu menahan dan melawan arah tarikan. Agak susah juga sebab dalam keadaan berbaring..kalau pakai baju licin..lagi senang menggelungsur..tapi tak lah terjatuh sebab ada penahan tangan kan...cuma kita akan rasa tak selesalah..dan akan rasa kurang berkesan. So pengajarannya baju cotton is the best..hehehe..

Selepas decompressed, akan ada kaedah fisio/exercise yang lain..- kita akan disuruh berbaring dan dilekatkan dengan pelekat elektrostatik selama 15 minit. Ni lebih kepada rawatan vibration kepada saraf untuk menggalakkan pengaliran darah dalam saraf lebih aktif.. Rawatan selanjutnya ialah infra red untuk legakan sakit belakang selama 10 minit. So, semua sekali jumlah masa rawatan ialah 45 minit. 

Kaedah rawatan bagi masalah tulang belakang ni ada bermacam-macam..terpulang kepada individu untuk memilih kaedah yang bersesuaian kerana pasti ada pelbagai limitation yang menghalang. Asas yang paling penting: TAWAKAL KEPADA ALLAH, JANGAN PUTUS ASA, SENTIASA BERUSAHA BERFIKIRAN POSITIF dan HANYA ALLAH YANG MAHA PENYEMBUH. 

Yakinlah - ada hikmah yang terbentang luas. 





1 comment:

  1. Assalamu'akum

    Sesungguhnya kita tak boleh berputus asa dalam hal mencari penyembuhan. HSC ni di PGRM kan, jika benar kak ada buat rawatan di situ, masih ada banyak lagi sesinya.. tak tau lagi bila nak sambung.

    ReplyDelete

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...