Saturday, November 5, 2011

Manusia hatinya dalam Keraguan..

Salam muslimin dan muslimat..


Hanya ingin berkongsi sedikit ilmu. Mudahan ia bermanfaat. 

Jika tiada makanan-boleh minta bantuan orang lain utk sediakan makan/beri/sedekah. Jika tiada duit - masih boleh minta bantuan orang lain (adik beradik/sahabat/saudara mara) utk top up. Tapi jika tiada ilmu dan akhlak tiada siapa yg boleh bantu melainkan ALLAH - hidayah adalah milik Allah. Tidak kira situasi apapun kita berada..ibu bapa/bujang/solo/duda/janda/poligami/monogami adalah sebahagian keadaan manusia di dalam dunia. Ilmu adalah ibarat kekuatan diri dan suara yang kita dengari dari dalam diri. Suara hati yg baik adalah kerana tarbiah dan amal yg baik dan istiqamah. Suara hati yg negatif adalah hawa nafsu jahat dan bisikan syaitan.

Perkara negatif terjadi kerana mengikut nafsu dan jejak langkah setan - Allah telah beritahu kita melalui firmannya dalam surah yassin 36:60 bahawa syaitan adalah musuh manusia yg Nyata. Syaitan punca segala kejahatan. Jika difahami keadaan ini tidak kira kita ini sebagai ibu bapa/pekerja/pemimpin/isteri/suami/raja/hatta hamba..maka kehidupan ini Insya Allah dapat dikendalikan dengan ilmu dan penuh hikmah. Musuh kita adalah syaitan dan hawa nafsu bukannya manusia.

Perkara positif pula dapat dibentuk kerana ia adalah kehendak Allah (hidayah), taat perintahnya dan tiada keraguan kepadaNya yakin dengan petunjuk Allah iaitu AlQuran..
Percayalah Allah tambah nikmat jika kita byk bersyukur(93:11) jika tidak Allah akan jadikan ia sebagai satu seksaan (istidraj) - Allah beri kesenangan tetapi kesenangan itu adalah sebagai jalan kehancuran (68:44)

Bila sebut tentang keraguan, Allah sebut dalam surah Al baqarah 2:10 orang yang ragu- ragu adalah orang yg dalam hatinya ada PENYAKIT..perlulah diperingatkan bahawa  Ancaman Allah adalah amat berat kepada orang seperti ini : Allah akan tambah lagi penyakit - untuk mengheret orang itu ke arah kebinasaan. WAJARKAH KITA BERASA SYAK KEPADA ALLAH? Padahal Dia adalah pencipta petala langit dan bumi..? Tentu logik akal fikiran sihat berkata tidak - tetapi jika diselidiki aktiviti seharian kita- tentu ada sifat ragu-ragu (contoh mudah: ramalan cuaca) tambah nak buat kenduri kawin lepas ni musim orang kawin sebab cuti sekolah..ramai baling baju atas bumbung../ cacak tiang/ tak mandi pagi uii seribu macam kaedah nak elak hujan.

Keraguan ini boleh dibahagikan kepada 4 perkara iaitu-

1) Ragu kepada Allah - Firman Allah dalam surah 14:10

Rasul-rasul mereka bertanya: "Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata". 

2) Ragu kepada Petunjuk Allah iaitu AL-QURAN - Firman Allah dalam surah 10:94

Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turukan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu. 

3) Ragu-ragu kepada Rasul - Firman Allah dalam surah 7 : 66-67

4) Ragu-ragu kepada Agama Allah - Firman Allah dalam surah 10:104

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sekiranya kamu menaruh syak tentang kebenaran agamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah makhluk-makhluk yang kamu menyembahnya yang lain dari Allah, tetapi aku hanya menyembah Allah yang akan mematikan kamu (untuk menerima balasan); dan aku diperintahkan supaya menjadi dari golongan yang beriman. 

Kesimpulannya- mengendalikan kehidupan dunia ini adalah dengan petunjuk Allah iaitu Al-quran dan as-sunnah. Nabi jamin bahawa Selagi kita berpegang kepada 2 perkara ini kita akan selamat bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat.

Mungkin akan ada yg berkata- bukan mudah cakap saja senang. Change your mind set: YAKINLAH DENGAN PETUNJUK ALLAH dan tau guna senjata iaitu DOA. Kita pandang remeh doa sebab kita memperkecil-kecilkan peranan DOA. Sedangkan DOA, Allah kabulkan sekelip mata (atas kehendakNya). Kita tidak akan berubah selagi tidak melangkah.

Balik kepada Al Quran nescaya SEGALA permasalahan kehidupan akan terjawab. 

Sebagaimana firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.( 49:1)



No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...