Saturday, June 26, 2010

Bekalan..

Kuliah zohor hari rabu..sangat mengesankan..

Ustaz beri analogi yang sangat mudah mengenai bekalan..dia kata sedangkan nak bermusafir kerana menunaikan haji selama 44 hari memerlukan sejumlah wang untuk bekalan semasa berada di tanah suci..paling kurang  RM5000 utk survive  beli makanan dan lain-lain keperluan. Walau utk 2-3 hari bila bawa keluarga berjalan..tentu memerlukan lebih kurang RM1000 untuk menampung belanja makan, hotel, minyak kereta dan sebagainya..In case berlaku kejadian yang tidak diingini seperti tayar pancit dan sebagainya pun dah menyebabkan keperluan bekalan meningkat..

Begitu juga kita..hidup di dunia ini hanyalah sementara..kehidupan sebenar kita belum lagi bermula..perjalanannya sangat jauh dan memakan masa bertahun2 untuk sampai dari alam bapa ke alam arham (ibu), kemudian ke alam barzakh dan akan tiba masa kita dibangkitkan semula pada hari akhirat..kemudian menunggu lagi untuk dihisab di padang mahsyar..

Bayangkan sahabat2 sekalian, kita mempunyai halangan waktu yang sangat panjang lalu renungkanlah apakah bekalan kita sudah mencukupi dan berkualiti sehingga mampu untuk membela diri kita sendiri...?

Pandanglah kasih sayang Allah dari sudut mata hati. Allah beri kita stok pernafasan untuk kita hidup dan bernafas  sehari semalam. Menurut kajian, tempoh manusia bernafas sehari semalam adalah sebanyak 24000 kali. Stok pernafasan yang Allah beri ini adalah tepat dan tidak akan bertambah walau sedikitpun. Tanpa sedar orang yang mati/meninggal dunia kita kata  dia telah  menghembuskan nafas yang terakhir. Bermakna stok pernafasannya telah habis kerana telah tamat tempoh dan dijemput Allah untuk kembali.

Bersedialah dengan bekalan..sebelum nyawa bercerai dari badan 
sebelum hembusan nafas yang terakhir...

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...