Bila agaknya kali terakhir kita semak cara kita solat..?
Semasa kita kecil, kita belajar di sekolah agama tentang fardhu ain termasuklah cara-cara menunaikan solat. Percaya atau tidak itulah pelajaran yang kita bawa dari kecil hinggalah dewasa. Fizikal kita membangun dan membesar dengan pesat tetapi cara solat kita tetap sama..tidak membesar seperti yang sewajarnya.
Solat adalah merupakan antibodi terkuat dalam diri setiap muslim dan selama kita menunaikan solat apakah kita kisah sama ada solat kita ini diterima atau tidak..? Apakah tanda2 solat kita diterima?
Firman Allah:
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Qur'an, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. " (Surah 29 ayat 45)
Jauhkan diri dari perbuatan yang keji dan mungkar - Allah akan terima solat kita Insyallah.
Mungkar - Ingkarkan perintah Allah contoh tidak menjaga aurat, makan dari sumber yang haram, tidak mengendahkan hukum2 Allah di dalam alQuran dan sebagainya. Kemuncak kemungkaran adalah apabila kita mensyirikkan Allah dengan yang lain. Mendahulukan yang lain dari Allah. Takutkan orang/ situasi contoh: takutkan boss, kawan2, takut hilang pekerjaan dan sebagainya)
Firman Allah:
"Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." (Surah 31 ayat 13)
Bersama muhasabah, mantapkan solat, contohilah solat seperti solat nabi..
Ensiklopedia Sifat Solat Nabi 1 Author : SYEIKH MUHAMMAD NASHIRUDDIN AL-ALBANI Price : RM55.00Publisher : JASMIN ISBN : 9789675047978 |
Ensiklopedia Sifat Solat Nabi 2 Author : SYEIKH MUHAMMAD NASHIRUDDIN AL-ALBANI Price : RM45.00Publisher : JASMIN ISBN : 9789675047985 |
No comments:
Post a Comment