Friday, January 28, 2011

Hidup dengannya..

26-01-2011 (Rabu) - Aku ke PPUKM sekali lagi untuk rawatan susulan sakit belakang. Selepas keluar hospital pada 12-01-2011 yang lalu - banyak tempat telah aku pergi untuk mendapatkan rawatan - berurut, fisioterapi dan sebagainya. Namun dengan izin Allah bertemu seorang pakcik yang sangat arif dengan urutan reflexology - urut pakai tanduk. Hem..belasah je lah mudah-mudahan menjadi lorong rezeki untuk kesembuhan. Alhamdulillah : sakit atas tulang pinggul berkurangan. Boleh duduk aman dan berjalan. Walaupun masih ada sakit sikit2 here n there..tapi yang penting bahagian yg amat sakit telah dikurangkan. Alhamdulilah..

Pertemuan dengan doktor pada hari tu adalah untuk berbincang lebih lanjut mengenai way forward. Pemerhatian melalui MRI oleh pakar radiologist telah mengesahkan tulang belakang sebelah bawah yang dipanggil Lumbar adalah merupakan tulang yang affected. Dengan kata lain ia adalah slipped disc. Antara sebab dan akibat berlakunya slipped disc boleh klik di sini


Lebih spesifik lagi ia berlaku kepada tulang L5S1...Tambahan pula kata doktor lagi tulang-tulang yang tersebut telah inflame dan cartilege yang menjadi kusyen discs tersebut telah haus/damage - menambah kesakitan. Lumbar no. 5 yang terkeluar sedikit itu juga memberi kesan kepada saraf tulang belakang - yang menyebabkan anular tear (luka) sedikit kepada urat saraf akibat pergeseran yang berlaku semasa pergerakan. Maklumat lanjut mengenai anular tear boleh dibaca di sini . 


Selanjutnya perbincangan tersebut juga menyentuh mengenai kemungkinan operation - tapi ini adalah opsyen terakhir yang akan dibuat sekiranya anular tear yang disebut di atas merosakkan lebih banyak saraf dan disc yang terkeluar sedikit itu menjadi lebih terkeluar hingga menimbulkan lebih komplikasi yang lain - contohnya pembuangan air yang tidak terkawal, lumpuh dan sebagainya. Buat masa ini, rawatan yang diberikan adalah fisioterapi dan analgesic jika sakit sangat akan diberikan injections. Juga analgesic based maybe steriod...waa penagih dadah tegar ke ni..? huhuhu..

Alhamdulilah..aku terima seadanya berita tersebut dan bertawakal kepadaNya. Selagi ada kudrat untuk bangun dan bergerak itu adalah antara nikmat yang besar yang Allah masih izinkan diri ini untuk terus berbakti - sebagai anak, isteri dan ibu. Allah sahajalah yang memberikan kesembuhan yang tiada taranya sepertimana kisah nabi Ayyub yang ditimpa penyakit kulit, diduga oleh Allah hingga isteri baginda juga turut meninggalkannya. 

Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam al-Quran mafhumnya:

"Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya saya telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi.

"Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya.....(hingga akhir ayat)" (Surah al-Anbiya ayat 83-84)


Cara Allah hendak menyembuhkan penyakitnya adalah, pertama, dengan doa (rayuan) Nabi Ayub a.s. seperti di atas. Kedua, Allah mewahyukan kepada Ayub a.s. hentakkan kaki ke bumi yang dipijaknya beberapa kali, sehingga air terpamcar dari bumi itu. Ketiga, ambil air itu untuk diminum dan dimandi dengannya.

Dengan berbuat demikian, Allah menyembuhkan Nabi Ayub a.s. dari penderitaannya, untuk menyambung semula tugas kerasulan baginda.

Kita ini manusia biasa sudah tentu usaha kita perlu lebih berganda... 

Begitu juga kisah nabi Ya'akub yang diduga dengan kehilangan anaknya Nabi Yusuf hingga hilang pengelihatan baginda. Tiada lain yang dilakukan melainkan berserah sebulat-bulatnya kepada Allah..

Mereka berkata: "Demi Allah, ayah tak habis-habis ingat kepada Yusuf, sehingga ayah menjadi sakit merana, atau menjadi dari orang-orang yang binasa".

(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.  (12:85-86)

Selepas zuhur tadi juga terfikirkan kata-kata nasihat seorang teman : Nabi juga diuji dengan penderitaan ketika ditolak dan diganggu di Thaif baginda mengeluh: Wahai tuhanku, kepada siapakah engkau serahkan aku? Kepada musuh yang selalu mengintaiku atau kepada teman yang patah sayap menghadapiku? Akan tetapi selama engkau tidak murka kepadaku, aku sama sekali tidak peduli..Keluhan ini ditujukan kepada Allah sambil berusaha...

Selagi bernafas di bumi tuhan, selagi nyawa dikandung badan - bergeraklah anak adam - mengabdikan diri kepada tuhanmu...
Sesungguhnya aku ini hambaMu, anak kepada hambaMu yang lelaki dan anak kepada hambaMu yang perempuan..Ubun-ubunku ditanganMu Ya rabb....


No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...