Monday, January 17, 2011

Ingat mengingatkan atas nama kasih sayang..

Dalam quran Allah ada berfirman bahawa terdapat dua golongan manusia iaitu- Orang yg rugi dan orang yang beruntung. Kalau objektif kita syurga mestila kita nak jadi orang yg beruntung. Objektifnya sudah jelas dan kita perlu fokus. Masyarakat kita sama ada tidak tahu/kurang ambil berat dan tidak kisah/merasakan masih byk masa. Meninggalkan solat - antara punca manusia melakukan kemungkaran. Bila kita ingatkan dan saling menasihati mereka mengeji orang yang memperingatkan sedangkan mereka tidak sedar/ tidak tau pun bahawa perbuatan seperti itu dimurkai oleh Allah – Boleh rujuk (83: 29-36)

Sesungguhnya orang yang derhaka itu, mereka mentertawakan orang yang beriman. Dan apabila mereka (orang yang beriman) lalu di hadapan mereka (orang yang derhaka), mereka saling mengedipkan mata. 
Dan apabila mereka (orang yang derhaka itu) kembali kepada kaum mereka, mereka kembali dengan bergirang hati. 
Dan apabila mereka (orang yang derhaka itu) melihat mereka (orang yang beriman) itu, mereka (orang yang derhaka) berkata: “Sesungguhnya mereka (orang yang beriman) itu adalah orang yang sesat.” 
Padahal mereka (orang yang derhaka itu) tidaklah diutus untuk menjaga sesat atau tidak org2 beriman itu.
Maka pada hari ini giliran orang yang beriman mentertawakan orang yang kafir. Dari atas mahligai mereka memandang. 
Bukankah orang2 yg kafir itu tlh dibalas akn apa yg tlh dikerjakan dahulu?

Allah sentiasa memperhatikan makhlukNya. Allah tidak pernah melupai mereka walau sekelip mata. Allah tidak pernah tidur daripada memperhatikan para hambaNya. Pandangan dan perhatian ini adalah limpahan rahmat, keampunan dan innayah Khassah (perhatian khusus).

Pandanglah diri kita yang sangat kerdil ini..sentiasalah memohon keampunan Allah seikhlas-ikhlasnya. Satu ketika nanti, kita akan pulang bertemu dengan Allah. Allah akan bentangkan satu persatu perbuatan kita semasa di dunia. 


Alangkah malunya jika kita ingkar..!

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...