Thursday, January 27, 2011

Knee Pain

25-01-2011 (Selasa) jam 9.00 pagi - Ke PPUKM utk mengambil ubat suntikan lutut. Nama ubat tu Monovisc. Single injection. Before the procedure, doctor suntik ubat bius kat lutut dulu..adoillaa..sakitttt..!! Aku tabahkan hati.. It is done in minor OT room in PPUKM. Tukar baju pesakit - part ni aku paling tak suka sebab menampakkan aurat. Ya Allah Ampunkan Aku...! Harapnya pentadbir hospital lebih prihatin sebab aurat perempuan muslim - tiada kompromi. 


Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Dan berdasarkan sabda Nabi Shalallahu 'Alaihi Wassalam :

"Tubuh wanita itu seluruhnya aurat."
(H.R Tirmidzi dengan sanad yang shahih)

Namun aku sangat tidak arif mengenai batasan aurat wanita yang dibenarkan untuk dilihat ketika dalam keadaan sakit. Melalui kefahaman yg serba kurang ini hanya dalam keadaan darurat sahaja (ketiadaan doktor wanita yg berkepakaran dalam bidang penyakit tersebut) dibolehkan doktor lelaki yg merawatnya itupun dengan kehadiran mahram/ahli keluarga/wanita yg boleh dipercayai..) Ini kes mendapatkan rawatan. Tapi kes pakaian pesakit tu err..tak boleh ke buat rujukan ke hospital-hospital di negara islam yg lain - Arab Saudi/Syria/Jordan yg boleh dijadikan contoh model terbaik bagi pakaian pesakit wanita??

Berbalik kepada suntikan tadi - Alhamdulilah segalanya berjalan lancar. Lutut ku kini dengan rasminya mendapat suntikan fluid gantian untuk membantu pergerakan supaya kurang sakit. Setakat semalam, nak naik tangga pun menongkat. Tapi selepas 2 hari macam ok sikit cuma ubat kebas bius tu belum habis sepenuhnya jadi bila sujud masih rasa sakit. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai monovisc boleh baca di sini

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...