Saturday, January 1, 2011

Infaq

Salam sahabatku..

Tahun baru telah menjelma. Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011. Semoga dengan limpahan rahmat dan keberkatan ilahi mengiringi langkahan kaki meneruskan perjuangan mukmin sejati. Hendaknya setiap dari kita bertambah sedar bahawa dengan bertambahnya umur bermakna telah hampirlah sebuah kematian. Imam Ahmad ibnu Hanbal berkata:

"Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan,dan perjuangan mukmin sejati tidak akan berhenti kecuali dua tapak kaki nya telah menginjak ke pintu syurga.."

Semoga umur yang masih berbaki ini dimanfaatkan sepenuhnya ke jalan Allah. Ketahuilah wahai saudaraku sekelian, Infaq itu jalan mendekatkan diri dengan Allah (9:99) tetapi pekerjaan itu mesti ikhlas n tidak diungkit2 kerana Allah murka dgn org yg mencela org yg meminta (104:1). Orang yg kurang bersedekah akan rugi, jika dia mati dia akan minta ditunda saat kematian supaya dia boleh bersedekah (63:10). Alangkah rugi jika kita hanya sedar kelebihannya di saat2 akhir hayat kita..sedangkan peluang untuk menginfaq sentiasa terbuka luas. Ayuh kita cari pahala bukan menunggu sahaja pahala datang masuk ke rumah kita...


Ingat mengingatkan atas nama kasih sayang.. <3

1 comment:

  1. Salam..

    Terima kasih ke blog n baca tentang sakit sendi.. boleh baca lagi tentang rawatan prolotherapy di sin.. semoga membantu merawat sakit lutut..

    http://permatainn.blogspot.com/search/label/Prolotherapy

    ReplyDelete

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...