Saturday, August 25, 2018

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/L5 dan L5/S1) dan Cervical (C3-C7). Begitupun...hidup diteruskan dengan rahmat dan pertolongan dari Allah. Masa mula kena memang sakit teramat dan ikhtiar berubat tu pelbagai cara dan kaedah - asalkan dapat lega. Lama kelamaan mulai menyesuaikan diri dan semangat tidak penah luntur alhamdulilah.... Sekarang lebih kuat..kerana sudah terbiasa dengan keadaan sakit dan sudah tahu cara untuk melegakan. Suplemen yang saya amalkan ialah produk Forever Living Aloe Vera Gel, Artic Sea, Absorbent-C dan Madu.

Jus Aloe Vera ini saya campurkan dengan madu sebelum sarapan pagi dan juga waktu malam sebelum tidur. Makan madu ini perlu diamalkan sehingga sebati - baik makan roti dengan butter campur madu, Minum air madu, makan madu raw begitu sahaja dan pelbagai lagi. Ikut suka! semuanya baik belaka :). Jangan bimbang dengan madu asli atau tak asli..kena amalkan dulu..baru Allah akan ketemukan dengan yang asli...Kalau tak mau Madu Forever Living pun tak jadi hal :)

Percayalah minda lebih sihat. Sakit tu kita boleh atasi sebab madu membekalkan tenaga. Bila tenaga lemah..minda jadi lemah dan tidak kuat untuk melawan minda negatif yang mengatakan sakit. Aloe Vera Gel sangat baik untuk detoks dan antioksidan TERBAIK - usus perut seperti otak nombor 2 kepada manusia. Perut ni tempat penghadaman segala makanan dan ubatan - punca segala penyakit  juga bermula dari perut. Jika usus sihat dan bersih maka ubat/makanan thoiyib lebih berkesan kepada tubuh.

Minum air yang banyak untuk mengekalkan hidrasi tubuh. Kekeringan atau dehydration juga akan menyeksakan tulang-belulang anda hahaha..mulalah ketat sana sini nak bergerak.

Memang ramai yang mengalami masalah seperti ini dan adakala end up buat keputusan untuk spinal surgery. Untuk tahan sakit pula consume ubat anasthetic dengan kuantiti yang banyak - doctors out there please don't be offended with this statement but this is true dari pengalaman sendiri.

Jika sakit sangat then terpaksa juga ambil NSAID.

Now saya lebih berbahagia dengan pilihan saya.

Follow/DM me for product consultation/ further details:
👥 FB: sheren yusoff
📷 Instagram: sher_538

#ForeverLiving
#FLPzuhrahteam
#AVG
#nospinalsurgery
#nospinesurgery #AloeVeraGel
#nosteroid
#sherFLPJourney

Saturday, August 9, 2014

Hati...tolonglah jgn dukacita.

Assalamualaikum semua...

Semalam hati saya sedih. Saya rasa binaan yg saya bina sedang digoncang dan diancam oleh orang lain. Mungkin itu perasaan saya sendiri dan saya menangis sendirian. Hingga rasa perlu memandang wajah ibunda n ayahnda agar hati saya tenang. Saya mohon Allah hilangkan dukacita saya.

Pagi ni..saya menangis lagi kerana memikirkan diri saya yang terlalu ingat mengenai perkara itu berbanding Allah. Saya mohon lagi agar Allah hilangkan ingatan saya pada peristiwa yg menyedihkan itu kerana ingat Allah seribu kali lebih baik.

Pagi ini buka quran..saya terkesima. Allah taqdirkan saya buka pada surah Al-maidah..dari ayat 11- 13.

Secara ringkasnya ayat tersebut memberitahu bahawa dlm waktu susah kena ingat nikmat Allah beri yang sangat banyak dan ketika kita diserang/diganggu oleh suatu kaum dengan tangannya..lalu Allah yg menahan tangan mereka daripada menyerang/mengganggu kita dgn syarat..kita perlu bertaqwa n bertawakal kepadaNya.

Orang yg mengkhianati kita sangat rugi kerana Allah akn keraskan hati mereka. Tapi jika kita maafkan maka itu lebih baik..kerana Allah lebih menyukai orang2 yang berbuat baik.

Alhamdulilah..syukur. 💖 duhai hati tenanglah...

Thursday, May 1, 2014

Rawat diri di Rumah Iqra Sehat - Bandung

Assalamualaikum semua..!

Moga kamu semua sihat dan dirahmati Allah selalu.

Jika ditanya kepada orang sakit...tentu besar harapan nya untuk sembuh. Kalaupun bukan seperti sedia kala tetapi maunya ada kemajuan. Itu cita-cita orang sakit. Selagi belum sihat. Usaha perlu diteruskan. 

Kata-kata ini saya pinjam dari perawat utama saya di rumah Iqra Sehat - Pak Haris.

"Kerja org sakit itu perlu ikhtiar. Hingga ketemu rawatan yg paling sesuai n mantap utk penyakit yang dihidapinya. Penyakit juga perlu deskripsi yg tepat supaya bertemu jodoh perawatan yg cocok. Subhanallah...hingga sakit dan ubat dijadikan berpasangan. Penjodohan dan kesembuhan itu milik Allah. Kita perlu usaha, doa dan tawakal. Jgn sampai menzalimi diri sendiri."

(Ilmu yg didapat dari Rumah sehat iqra'-syukur jumpa sahabat yg berfikiran hebat) 

Secrets of Surah Al-Kahf!! MUST READ..

Ever wondered why Prophet Muhammad (SAW) asked us to recite Surat Al-Kahf every Friday?

This surah has four stories in it, having some morals, lets see them and understand what they are saying to us:

1) The people of the cave
It's the story of young men who lived in a disbelieving town, so they decided to migrate for the sake of Allah and run away. Allah rewards them with mercy in the cave and protection from the sun - they woke up and found the entire village believers.
Moral: trial of faith

Saturday, March 22, 2014

Ikhtiar lagi..makanan sunnah dan impaknya.

Assalam..semua..!

Kalau masih ingat entri saya tentang sakit yang saya alami..sekian lama sudah..cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 3 tahun. Begitu..hidup diteruskan dengan rahmat dan pertolongan dari Allah. Keluhan dulu..lebih hebat sakinya sebab baru terkena dan lama kelamaan mulai menyesuaikan diri....

Sekarang lebih kuat..kerana sudah terbiasa dengan keadaan sakit ini. 

Ibaratnya kalau kereta rosak....tentu enjinnya mati dan tidak boleh bergerak lagi ke mana-mana pun sebab sudah rosak. Tapi seorang manusia..suisnya jalan terusss...mana boleh dimatikan..Sakit pun kena bergerak kerana sunnatullah. Begitulah Allah yg membuatnya.

Terkini..cuba berubat di Beranang. Kaedahnya biasa kerana pernah dibuat sebelum sebelum ini....Manipulation spine dengan melakukan gerakan dan urutan. 

Berbeza kerana nasihat-nasihat yang segar dan katanya kembalilah kepada makanan sunnah.

Yanni - Live At The Acropolis (Full Album)





Suka pada irama classical instrumentnya.

Tuesday, March 18, 2014

Pagi..!! ESQ Lagi

Assalamualaikum..semua...

Seruan pagi ini tidak kira pagi atau petang. Sebagai tanda semangat. Tambahan pula waktu pagi biasanya semangat masih tinggi..jadi tak kira tengahari atau petang..trainer akan kejutkan peserta dengan sergahan pagi!

Huhu..rindu pulak rasanya.

Hari tu dah cerita pasal prinsip fitrah dan suara hati.

Fitrah manusia suka yang baik-baik...dan tidak suka kepada yang jahat.

Itu fitrah. Masa kita dilahirkan pon dikata fitrah suci..bila kita dah meningkat dewasa banyak pengaruh negatif..maka fitrah itu telah tercemar...maka kita kena bersihkan hati kita..dengan kembali kepada Allah yang satu.

Satu dosa satu titik hitam. Maka bersihkan ia dengan istighfar..

Hari kedua diperkenalkan dengan prinsip Emotional Quotient (EQ) - ada 6 Prinsip. Based on rukun iman.

Yang paling best - gerakan untuk ilangkan ngantuk..lagu muhammad ali..the black superman...bertinju mcm muhamad ali..


All is well. Dengan kehendakMu.

Friday, March 14, 2014

ESQ Angkatan 3..2014.

Hari Pertama..

Terpegun dengan visual bintang-bintang dan cakerawala..Alam dan seluruh isinya termasuk apa yang ada di langit dan di bumi sentiasa bertasbih memuji Allah. Tetap ditempatnya..tidak berganjak sedikitpun dari orbitnya/paksinya.

Kita...? Adakala lupa..

Allah ada banyak ciptaannya..tapi kita hanya ada satu pencipta acapkali lupakan dia.

Lagu ini yang menyentap hati saya..meluluhkan jiwa..cair..huhu...


Sebenarnya setiap dari kita miliki suara hati nurani. Suara hati ini lah selalunya memandu kita kepada sikap dan akhlaq yang baik. Suara hati ini yang kita cari dan rindui kerana ia ada hubungkaitnya dengan sifat-sifat Allah. Suara hati ini jika dilatih dan diasah dengan sebaiknya boleh menjadikan seseorang itu cemerlang dalam kerjaan sehariannya. Kita marah/tidak suka kepada perkara-perkara yang tidak baik atau kurang baik. Itu lumrah emosi manusia. Kita suka kasih sayang, orang yang jujur, orang yang ikhlas.

Suara hati ini kerap kali tidak diendahkan...maka terjadilah orang yang negatif. Penuh persepsi.

Persepsi atau dalam bahasa ringkas nya bersangka-sangka itulah yang menutupi hati kita. Membelenggu minda kita. Menjadikan kita seperti tidak percaya sesuatu perkara itu telahpun direncanakan oleh Allah. Maka mohon Allah pandu hati kita untuk menyelesaikan apa saja perkara.

Banyakkan istighfar wahai sahabat..! Untuk menghilangkan belenggu itu.



Ku mohon wahai Allah..kekalkanlah sifat baik yang ada dalam jiwa ini dan juga sahabat-sahabatku. AMIN!!

Sebelum kami menghadapMu ya Allah..moga Kalam Akhir kami menyebut LA ILAHA ILLALLAH..




Alfaqir ilallah..




Wednesday, August 28, 2013

Imam baru Masjidil Haram - Sheikh Bandr Baleela.

I cant say much..he has a great voice. Alunan bacaannya boleh meruntun hati.


Menjadi TetamuNya Lagi.

Salam,

Rasanya tidak pernah jemu..malah kalau boleh mahu tinggal di sana terus...! Tapi apakan daya...
Kali ini lebih lama..dan inilah rezeki Allah namanya...saat sekatan visa kemasukan ke Arab Saudi semakin memuncak, kami diberikan Jalan oleh Allah SWT untuk menjadi tetamuNya...lebih 30 hari berada di sana Masyaa Allah, Alhamdulilah...syukurrr...ramadhan kali ini bertemu lagi baitullah yang dicintai.

Menaiki Air Asia-X penerbangan terus dari KL ke Jeddah pada 8 Julai 2013..dengan ditemani buah hati kesayangan saya. Mudahan Allah izin kami bersama-sama ke syurga Allah. Impian semua orang dalam dunia ini rasanya...makbulkan lah Ya Allah.

Selalunya selain buah hati, saya akan ditemani ibunda tercinta juga..tapi musafir kali ini ibu saya tidak dapat bersama..tinggal menjaga anakanda saya..sedih juga..ada suatu hari tu terkenang sangat2 akan ibunda saya ini kerana setiap kali tawaf, selalunya saya akan pegang kuat2 tangan bonda..tapi tidak pada perjalanan ramadhan kali ini. Mudahan tahun yang akan datang ye ibu..! Termangu2 dalam masjid lepas subuh ada seorang makcik menegur saya..hendak tawaf nak..? Saya terkejut dan terharu kerana saat saya terkenangkan ibu..Allah hantar penggantinya. Saya bawa makcik ini bertawaf, meredah khalayak yang ramai membanjiri dataran kaabah saat lepas subuh. T T....berlinang2 air mata saya.

Tuesday, June 18, 2013

Jerebu- Peringatan dari Allah.

Salam,

Seminggu dua ni berita jerebu yang menjadi topik utama. Terkini IPU reading di kawasan Muar hampir mencecah 800 - Tahap merbahaya. 

Apa tidaknya - semua aktiviti dirasakan tergendala sebab jerebu..orang terpaksa curfew di rumah masing-masing dan membataskan aktiviti di luar rumah kerana makhluk yang satu ini. Itulah nikmat yang Allah tarik sedikit untuk kita duduk dan meneleku membelek diri. Taatkah aku pada Allah? Allah hantar makhluk bernama JEREBU untuk memberi peringatan kepada manusia. 

Kalau kita amati sebenarnya Allah lah yang menggerakkan hati manusia yang mula2 membuat pembakaran. Orang Malaysia dan Singapura kata Indonesia yang start dulu..Orang Singapura dan Indonesia kata, kat Malaysia pun ada pembakaran terbuka....(Saling menuding jari).

Allah suruh kita tilik diri kita sendiri..percayalah..Kalau nak hilangkan jerebu ini mudah saja bagi Allah kerana Hanya Dia boleh turunkan hujan. Manusia boleh? Bomoh Ujan boleh? Pembenihan awan boleh? Semuanya TIDAK jika tidak dengan izin Allah. Inilah painful torment yang sedang melanda kita. (Surah Ad-Dukhan ayat 8-12)

Sunday, June 16, 2013

Adenomyosis..ujian Allah jua.

Salam,


Mungkin pelik namanya dan susah nak sebut. Ringkasnya ia adalah sakit puan..risiko tinggi bagi berusia 35 tahun ke atas untuk mengidap penyakit ini. Saya memang mempunyai masalah senggugut yang hebat sejak dari zaman sekolah hinggalah lepas dapat anak. Reda sekejap dan lepas tu bertambah-tambah sakit sehinggalah kini. Sejak mendapat masalah tulang belakang, saya rasa senggugut saya semakin bertambah tenat. Saya tidak boleh berdiri, sakitnya setajam pisau menusuk dan menggodak perut. Rasa sebu, bloated dan rasa rahim besar dan bengkak serta sakit sebelah kanan..hingga duduk/ tunduk rasa sakit. Kalau berjalan kena tunduk sikit sebab rasa sakit terentak berjalan..kalau naik kereta..rasa nak marah mr hubby kalau langgar bum..huhu..bisa. Tapi tempoh sakit hanyalah dari hari pertama haid hinggalah hari ke-3/4 bergantung keadaan.

Saturday, June 15, 2013

Antara Menangis dan Marah..mengalahlah..

Assalamualaikum,

Salam kasih sayang wahai saudaraku sekelian...

Adakala kita terkedu tak tau nak buat apa jika diri sentiasa diperlekehkan, sentiasa dipandang negatif walaupun dalam hati kita sekelumit pun tidak ada niat untuk menyusahkan orang lain. Terperangkap kerana keadaan - tetapi janganlah ada sedikitpun rasa penyesalan kerana setiap apa yang berlaku adalah dengan kehendak Allah jua..Sabar adalah sebaik-baik perlakuan dan Allah akan beri ganjaran atas kesabaran kita itu.

Pagi ini ketika berteleku atas sejadah, tetiba mengalir airmata..teringat kisah-kisah lama dulu dan hatta kini..masih sama. Hanya kepada Allah tempat mengadu..moga diperbaiki segala urusan dan ampunkanlah mereka kerana mereka tidak tahu..berikanlah mereka petunjuk, pimpinlah hati mereka dan hati ku ini ke arah kebaikan, cabutkanlah rasa iri dan kedengkian dari jiwa kami. Amin!

Shared from page Y. Bhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man:


Wahai anakku,

Antara menangis dan marah - lebih elok memilih yang memilih menangis seorang diri daripada marah pada sahabat yang menyakiti hati engkau.


Sesungguhnya memarahi seseorang itu lebih memakan tenaga dan tidak mententeramkan hati atau memulihkan keadaan. Malah ia akan meninggalkan kesan pada hatimu. Sekurang-kurangnya air mata yang mengalir dapat membasuh jiwa dan membawa sedikit ketenangan. Ketika itu juga berdoalah pada Allah untuk memberi ketenangan dan kekuatan. Serahlah dirimu padanya.

Wahai anakku,
Ingatlah kadangkala sahabatmu perlu merasai kehilangan mu barulah mereka mengerti untuk menghayati mu. Begitulah juga dengan kamu - kamu akan sedar betapa pentingnya sesuatu setelah kamu kehilangannya. Tapi kesemuanya adalah sebahagian daripada warna-warni kehidupan untuk mengingatkan kita pada Allah.

Senyumlah wahai anakku.


Saturday, June 8, 2013

Lidah setajam pedang...

Salam,

Pepatah melayu kata:

Kerana pulut santan binasa
Kerana Mulut Badan Binasa...

Memang binasa kerana menyebabkan orang lain berasa hati, kecil hati, sakit hati dan segala yang berkaitan dengan hati. Adakala bisanya boleh menyebabkan mati. 

Allah pesan:

dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; (Al-baqarah 2:83)



Jadi, berkata baik atau lebih baik diam.

Dalam quran Allah sebut banyak tempat tentang adab mengeluarkan perkataan antaranya:


Jadi, sebelum berkata-kata perhatikan dulu prinsip ini..



Jangan sibuk pre-judgement orang sebab kita tidak tahu apa yang dia fikirkan dan kita tidak tahu apa yang dia sedang hadapi.

So, be a good muslim.

Al-Faqir illallah.

Friday, June 7, 2013

Merawat Diri Dengan Air Batu

Salam,

Bunyi macam pelikkan..tapi itulah hakikatnya. Ada ketikanya pesakit kronik seperti saya ini memerlukan rawatan alternatif yang pelbagai. Pergerakan yang banyak/excessive akan menyebabkan muscle koyak dan rasa pedih memanjang, sama ada di lengan/sepanjang tulang belakang/kaki. 

Orang yang selalu merawat saya di Maju Terapi tu telah mencadangkan supaya saya minum susu soya -soy protien for muscle builder - utk build muscle..one thing for sure..memang otot saya lemah. Suntikan prolotheraphy yang pernah saya ceritakan dulu, adalah untuk kuatkan muscle..tapi dia ada expiry date..maybe bertahan 6 bulan/setahun dan perlu repeat injection untuk jangkamasa yang selanjutnya. Tapi pengambilan soy protien ada had masa -jika dah rasa ilang pedih2 tu boleh berhenti minum. Jika tidak akan ada side effect lain pula.

Selain dari tu..mandi ais juga banyak membantu. Allah jadikan sesuatu tu penuh hikmah dan tentu sesuai untuk sesetengah orang. Alhamdulilah, saya dah cuba. Memang sejuk dan menggeletar satu badan..tapi selepas beberapa siraman, badan kita mula adjustable. Ulang beberapa kali mandi ais ini untuk ilangkan rasa pedih di tulang belakang. Baca Alfatihah dan Selawat atas nabi..siram badan/mandi. Saya selalu guna 2 beg ais - beli kat 7 eleven/speed 99. 

Tuang ais tu dalam baldi dan campur dengan air paip mandian. Kasi godak sampai ais tu dah mencair. Baru mandi. Lepas mandi rasa sejukkkkk yang amat. Cepat2 balut badan dan Insyaa Allah..lepas tu rasa sihat dan rasa pedih pun akan berkurangan. Ulang 3 hari berturut2 hingga hilang rasa pedih badan tu. Kalau dah OK berhentilah..nanti kalau sakit balik..ulang lagi cara rawatan ini. 

Guna kekuatan minda untuk mengatasi rasa khuatir sejuk itu.

Sekian, semoga bermanfaat.


Tuesday, May 14, 2013

Abdul Rahman Mohammed- Penyanyi Asal Law Kana Bainana

Love his voice..
Truly from his heart.


Sambil dengar sambil selawatlah byk2 ke atas Nabi s.a.w : Allahumma Solli A'la Nabiyyina Muhammad!

yang ini ada lirik dalam bahasa arab


rasa damai dalam hati..

Al-faqir Illallah

Jangan Cari Salah Orang Lain..


Dalam zaman serba canggih dan maklumat semua dihujung jari, maka saya mengajak saudara saudari semua agar tetap istiqamah dalam mengikut Al-Quran. Kita suka dengar cerita orang tentang orang lain. Maka dari saat ini, bersangka baiklah terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita kerana setiap yang berlaku adalah atas aturan Allah.

,
So..saudara-saudaraku sekelian - bila saja terlintas untuk mencari salah orang/terdengar orang lain mencari-cari salah orang lain, cepat nasihati mereka mengenai Ayat 12 Surah Alhujurat ini . Ketahuilah hidup didunia ini adalah untuk membuat apa saja yang Allah suruh kita buat dan tinggalkan apa yang Allah tegah supaya kita tidak menyesal kerana seburuk penyesalan adalah apabila kita tercampak masuk ke dalam neraka Allah, na'uzubillah! 

GARIS PEMISAH ANTARA ALAM DUNIA DAN ALAM KUBUR HANYALAH KEMATIAN. SETELAH MATI KITA TIDAK BOLEH MINTA UNTUK BALIK SEMULA KE DUNIA.

Perhatikan apa yang Allah sebut dalam surah Az-zumar (Ayat 53-61) terhadap orang yang melampaui batas =>


[53]Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[54]“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

[55]“Dan turutlah – Al-Quran – sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

[56]“(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -

[57]“Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ‘ -

[58]“Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!”

[59](Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): “Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!”

[60]Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) – muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?

[61]Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah) mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita.


Semoga bermanfaat.

Al-Faqir Ilallah..

Buatlah Kebaikan sebanyak-banyaknya..

A) Cara senang utk dptkan pahala walaupun selepas mati. 


1) Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna ,anda dpt pahala walau slps mati .

2) Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna, anda akn dpt pahala .

3) Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .

4) Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .

5) Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada..


B) Kongsi mesej ini kpd orang ramai. Walaupun 1 tolong kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu. In syaa Allah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2...

7 kalimat yg harus di biasakan..

1) Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2) Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3) Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4) I nsyaa Allah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

5) Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6) Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

7) Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.


C) Ada 2 pilihan utk anda :

1) Biarkan saja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.

2) Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala...
Amiiin ya rabbal alamin

Semoga bermanfaat.

Thursday, May 2, 2013

Takkan surut, walau selangkah, takkan henti walau sejenak! - Suka lagu nie

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci, tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga

Lagu : Gelombang Keadilan
Penyanyi : Shoutul Harakah
Buat air mata saya mengalir laju bila dengar lagu ini. Sungguh, saya hanya hamba Allah yang mahukan hidup mulia dgn Islam dan mati syahid dengan Islam. Org Islam yg benar takut kepada Allah dan sedaya upaya mencontohi rasulullah.


Tuesday, April 23, 2013

KERANAMU UNDI

Akhirnya masa hampir tiba- untuk memilih pemimpin kepada Malaysia.
Sana sini orang sibuk pasal undi
FB wall penuh dengan post pasal parti
Menghina, mengutuk, mengkeji, fitnah menjadi-jadi
Semua gara-gara undi..

Ketika inilah syaitan menari-nari
Kerana jarumnya berjaya menusuk hati
Menaruh rasa dengki dan iri..
Menukar manusia mukmin dan lembut hati
kepada insan yang mengkhianati diri sendiri..

Dosa itu tidak pindah kepada org lain
Dosa itu melekat kepada diri sendiri
Sudahnya siapa yang rugi - diri sendiri

Makhluk yang bernama undi- hanya pada sekeping kertas.
Tiada apa ia pada mata pencipta.
Sedang yang wajibnya - patuh kepada rabbul izzati..
Berserah padaNya..
Hanya engkau yang boleh mengubahnya wahai Allah
Hanya engkau yang boleh memilihnya..gerakkan hati mereka memilih pemimpin yang sempurna..
Mampu memimpin rakyat lebih tawaduk dan mengenali penciptanya.






Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...